Berita

Beregu Jangan Ke Laut juara badminton

PASUKAN Jangan Ke Laut bergambar selepas menjuarai Pertandingan Badminton Semi Veteran Surau An Nur Falah di HBC Court, Kepong baru-baru ini.
- Diterbit 10 Januari 2020 5:33 AM MYT

JUARA. Pasukan beregu, Jangan Ke Laut berada di dalam kelas tersendiri apabila berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama Pertandingan Badminton Semi Veteran Tertutup Qariah Surau An Nur Falah di HBC Court, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beregu yang diwakili Khasmardi dan Ismail berjaya menjinakkan beregu Bisa Otai, Sarjan Rahim dan Hamid.

Pasangan beregu itu terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan Bisa Otai dengan straight set yang berlangsung selama 30 minit. Kemenangan ini menyaksikan mereka membawa pulang hadiah utama berupa piala pusingan, medal barangan sukan badminton dan hamper.

Menurut Pengerusi Surau An Nur Falah, Mohamed Zulfiqar Mohamed Noor, pertandingan badminton itu dianjurkan bagi mengeratkan ikatan silaturahim sesama anggota kariah Taman Permata Fadason.

“’Tidak menyangka edisi pertama ini mendapat sambutan dengan lapan pasukan bertanding,” katanya.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Timbalan Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Afiq Hamzah yang mewakili Pengerusi masjid tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas