Berita

60 kanak-kanak sertai Kem Ibadah dan Riadah

ZAHARUDDIN (tengah) bergambar bersama peserta KIDRIA 2019 selepas merasmikan majlis penutup kem ibadah berkenaan di Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 10 Januari 2020 5:36 AM MYT

ILMU. Pertubuhan Peduli Anak Putrajaya (PPAP) mengadakan program Kem Ibadah dan Riadah (KIDRIA) 2019 yang berlangsung selama 14 hari di Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya baru-baru ini.

Pengarah program, Ahmad Saifullah yang juga Pengerusi PPAP berkata, program yang berlangsung selama 14 hari bersempena cuti persekolahan akhir tahun lalu itu berteraskan tahsin iaitu pembaikan ilmu pembacaan al-Quran dan ilmu ibadah yang lain.

“’Program ini menekankan mengenai fardu ain dan aktiviti sukan sunnah untuk membentuk anak-anak qariah menjadi insan yang jiwanya cinta kepada al-Quran serta menjadikan mereka generasi bernadikan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

Ahmad Saifullah berkata, seramai 60 peserta kem yang dibimbing oleh 10 fasilitator mengikuti pelbagai pengisian antaranya latihan asas renang, sembelihan, memanah, pengenalan kepada pengurusan jenazah, hafazan ayat-ayat lazim al-quran dan pemantapan asas fardu ain seperti wuduk, tayamum serta solat.

Majlis penutup kem itu disempurnakan Anggota Perbadanan Putrajaya, Zaharuddin Saidon. Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Rohana Kamarudin.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas