Berita

APM komited berikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan agensi

TAHAP kesiapsiagaan pasukan APM sentiasa diakui dan menjadi keutamaan dalam menggerakkan misi di kawasan terlibat bencana.
- Diterbit 13 Mac 2021 1:17 PM MYT

SEJAK tahun 1952, tanggal 24 Mac merupakan tarikh signifikan yang menjadi penanda aras bagi memperingati ulang tahun penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang kininya telah menjengah usia 69 tahun kewujudannya.

Masa berlalu begitu pantas menyaksikan selama ini, pelbagai cabaran diharung APM dengan cekal bersandarkan komitmen tinggi ditunjuk anggota dan pegawai agensi pengurusan bencana negara itu sehinggalah diperakui sebagai entiti disegani dan diyakini keberkesanannya.

Sepanjang tempoh kewujudan APM bukan sahaja berusaha memberikan perkhidmatan pada tahap terbaik, malah giat merencana perananya secara holistik untuk mengangkat martabatnya sebagai antara barisan penting ketumbukan negara.

Wajar diakui bahawa kualiti perkhidmatan digalas APM berjaya meletakkanya sebaris dengan tugas pasukan keselamatan lain dan pencapaian diraih bukanlah suatu yang mudah malah mengekalkan kecemerlangan khidmatnya kepada rakyat adalah sangat mencabar minda serta tenaga.

Dalam senario semasa peranan digalas APM kini makin getir terutamanya ketika negara diancam pendamik COVID-19. Selain kawal penularannya, APM pada masa sama perlu respond segera bagi kes kecemasan lain.

KEWUJUDAN APM kini menjengah usia 69 tahun seiring keupayaannya dalam menerajui misi pengurusan bencana. – Gambar Hiasan

Segala cabaran dihadapi APM dengan gigih dan terbuka sehinggalah diibaratkan seperti alah bisa tegal biasa. Dengan genap usia matangnya, APM menanti debaran sambutan ulang tahun kali ini seadanya meskipun suasana sambutan berbeza.

Walaupun berbeza sambutan kali ini bertemakan “Pertahanan Awam Mapan, Menyelamat Ekonomi Negara” dijadualkan secara maya dan boleh turut ditonton oleh masyarakat di mana jua.

Pelbagai acara menarik telah direncanakan bagi serikan sambutan antaranya Pertandingan Tulis Puisi, melukis poster, video pendek dan animasi serta pameran wakil APM negeri dan agensi lain yang terlibat.

“Acara kemuncak sambutan APM ke-69 tahun ini, dijadualkan disempurna oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal merasmikan Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Sungai Merab, Kajang.

Perasmian penutup itu turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab.– SYAHIDI BAKAR – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas