Berita

Anwar akan rujuk JAKIM sebelum petik ayat Al-Quran

- Diterbit 8 Januari 2024 9:54 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk terus memetik ayat-ayat al-Quran beserta tafsirannya dalam setiap perhimpunan bulanan bersama penjawat awam.

Jelasnya, meskipun ucapannya mengenai kisah Ashabul Kahfi baru-baru ini mencetuskan polemik sesetengah pihak, beliau berkata ia akan menggalakkan perbahasan dan mencambahkan ilmu pengetahuan.

Bagaimanapun, tambahnya, dia akan merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kontroversi pada masa hadapan.

“Jadi bulan-bulan lain saya baca ayat Quran lain dan tafsir. Tapi saya rujuk Jakim dulu supaya elak kontroversi,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas