Biz

Al Ansar lancar promosi jualan akhir tahun banglo IBS 2022

IBS PLT
- Diterbit 14 Oktober 2022 10:54 AM MYT

PEMBINAAN banglo menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) di negara ini semakin diterima baik oleh orang ramai ekoran permintaan yang semakin meningkat.

Meskipun ramai yang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi ekoran masalah pandemik COVID-19 yang lalu, namun selepas kerajaan mengesahkan negara sudah berada di fasa endemik, industri binaan kediaman kembali rancak dan mendapat sambutan.

Ini membuktikan mereka yang benar-benar serius membina kediaman sendiri, terus menyimpan peruntukan walaupun mempunyai pilihan membelanjakan bagi tujuan lain malah bajet kewangan juga sepadan dengan rekaan yang ditawarkan.

PENGERUSI EksekutifAl Ansar, IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin (kanan), Penasihat Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Dato’ Samsul Husin (tengah) dan Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran di majlis pelancaran Promosi Akhir Tahun Banglo IBS 2022 di Cyberjaya baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif, Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Promosi Jualan Akhir Tahun Banglo IBS 2022 (YESBI 2022) syarikat tersebut di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, strategi pihaknya yang mensasarkan golongan pelanggan berusia 50 tahun ke atas dan kempen membina banglo di atas tanah sendiri menunjukkan hasil positif.

“Situasi ini memudahkan kedua-dua belah pihak dan menjimatkan masa untuk mencapai persetujuan kerana tempoh membina banglo kaedah IBS hanya kurang enam bulan untuk diduduki”, ujarnya.

Majlis perasmian turut dihadiri Penasihat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Datuk Samsul Husin, Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran dan tetamu khas terdiri di kalangan kontraktor binaan serta peguam hartanah.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar, IBS PTL, DatukSeri Muhamad Khanafi Husin (kanan) dan Pengurus Besar, Farizal Tumiran menunjukkan promosi banglo IBS dibawah harga RM150, 000 sebuah pada majlis pelancaran Promosi Akhir Tahun Banglo IBS 2022 di Cyberjaya baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu katanya, bagi meraikan pelanggan baharu melalui promosi yang bermula dari 11 Oktober sehingga 31 Disember depan, orang ramai berpeluang menikmati potongan harga kediaman sehingga 15 peratus daripada harga asal.

“Orang ramai digalakkan untuk merebut peluang ini kerana harga barang binaan semakin meningkat tahun demi tahun dan turut mempengaruhi harga jualan rumah. Bagaimana pun Al Ansar berusaha memaksimumkan bajet malah masih menawarkan harga kediaman di bawah RM150, 000 sebuah.

“Contohnya rekaan terbaharu dikenali sebagai Nona dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air ditawarkan dengan harga RM160,000 dan selepas potongan harganya RM135,000.

“Bagi tujuan maklumat terus sampai kepada golongan sasaran Al Ansar akan membuka gerai pameran dan jualan di pusat tumpuan orang ramai. Buat permulaan kami akan berada di empat buah negeri dengan permulaan di MITC, Melaka pada 27 hingga 30 Oktober hadapan.

“Tumpuan akan diberikan kepada Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Ke empat-empat negeri ini terpilih sebagai tanda penghargaan Al Ansar kepada sokongan pelanggan yang paling ramai dari negeri tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran memberitahu, sempena promosi, pihak syarikat menyediakan hadiah iringan sehingga RM25,000.

“Orang ramai yang menempah banglo IBS dengan hanya bayaran RM200 ketika happy hour atau Wow YESBI mempunyai peluang mendapat rebat antara RM1,500 hingga RM3,000 termasuk sebuah TV Android.

“Lebih istimewa, banglo yang telah siap dibina juga akan menerima hadiah iringan termasuk kabinet dapur, lampu dan kipas, kornis di ruang terbuka. jubin penuh di bilik air, tajaan perjanjian pembinaan rumah dan perlindungan takaful untuk rumah dan perabot selama satu tahun,” ujarnya.

“Apa yang lebih menarik, setiap rekaan daripada Al Ansar dibina sesuai untuk pengubahsuaian pada masa hadapan.

“Rekaan lain, Teratai dan Cempaka dibina dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air selepas diskaun ditawarkan harga di antara RM156,000 dan RM170,000.

“Manakala rekaan Sakura pula mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 36’ x 53’ , harga selepas diskaun RM260,000 dan akhir sekali rekaan Elyna dengan keluasan ’44 x 53’ dibina dengan lima bilik tidur dan 3 bilik air dengan harga RM335,000,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian
+603 8912 8656 / +6011 1310 7525 / +6011 1310 7086 atau emel ke [email protected] .
Jangan lupa juga layari http://www.bangloibs.my  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas