Selebriti

Pelakon Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia

- Diterbit 12 Oktober 2022 1:22 PM MYT

PELAKON veteran, Hisham Ahmad Tajudin,76 menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Shah Alam (HSA), akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Memetik laporan portal Berita Harian, anak Allahyarham Hisham, Aqeela, 26, berkata, bapanya yang ditidurkan di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), HSA sejak akhir bulan lalu, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga.

Seniman itu dimasukkan ke hospital pada 29 September lalu selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan.
Allahyarham juga ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Allahyarham membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas