Berita

Agong zahir penghargaan buat warga PDRM

- Diterbit 25 Mac 2024 11:21 AM MYT

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Ke-217 hari ini.

Penghargaan tersebut di atas khidmat dan jasa yang disuambangkan dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM turut menghargai sumbangan serta jasa pesara-pesara PDRM yang turut berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka Baginda hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas