Berita

Agong sekali lagi tegaskan perangi ancaman rasuah antara tumpuan utama pemerintahannya

KREDIT foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Diterbit 1 April 2024 2:00 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Menerusi catatan di laman Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara hari ini.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.

Dalam sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas