Berita

Ada usaha terancang tanam kebencian kepada kerajaan

- Diterbit 4 Mei 2021 2:57 AM MYT

TERDAPAT usaha terancang untuk menanam kebencian kepada kerajaan Perikatan Nasional melalui penyebaran berita-berita palsu secara meluas terutamanya ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, perkara tersebut dilakukan secara tersusun dan sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi menangani perkara tersebut.

“Kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Prihatin Ramadan 2021 di Perbadanan Putrajaya hari ini.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu berkata, kerajaan memandang serius perkara ini dan satu ‘committee’ telah dibentuk di peringkat menteri.

“Jawatankuasa yang dibentuk akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu,”

“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” .

“Sekiranya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas