Selebriti

ABU BAKAR JUAH Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

- Diterbit 15 Ogos 2020 12:58 PM MYT

SETELAH dilaporkan sakit tenat sebelum ini, pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati di kediamannya di Alam Damai Cheras, jam 6.35 petang tadi. 

Diifahamkan, arwah menderita penyakit kanser hati sejak 2016 selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi. 

Selepas disahkan bebas kanser, arwah mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam. 

Bagaimanapun, awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit menyerang semula, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.

Abu Bakar Juah mendirikan rumah tangga dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 meninggalkan seorang balu, empat anak dan seorang cucu. Drama terakhir lakonannya Mr Grey pada 2018. 

Sama-sama kita doakan agar arwah bersama dalam golongan orang yang beriman. – WILAYAHKU

Sumber: Berita Harian Online

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas