Berita

8,500 kediaman bakal nikmati pengurangan 30 peratus cukai taksiran bermula tahun 2023

|
- Diterbit 22 Disember 2022 9:41 AM MYT

HAMPIR 8,500 kediaman berharga dibawah RM300 ribu di Putrajaya akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan bermula 1 Januari 2023 ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu diambil setelah mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata pengurangan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas