Berita

700 pelajar IPT bakal peroleh bantuan

- Diterbit 11 Mac 2021 8:45 AM MYT

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) mengalu-alukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan yang ingin melanjutkan pengajian memohon Skim Bantuan Awal Ke IPT di bawahnya.

Menurut ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun, dengan bantuan tersebut, para pelajar dapat menyediakan kelengkapan pengajian. Ujarnya, ada juga pelajar yang men- jadikan sumbangan tersebut sebagai kos perjalanan ke universiti masing-masing.

“Saya kira ia sangat membantu mereka leb- ih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu saat ini.

“Oleh itu, jangan jadikan alasan tiada wang untuk mem- ulakan pengajian,”ujar beliau.

Tambah Zaizalnizam, skim tersebut dikhaskan kepada pelajar yang ingin melanjut- kan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

“Bagi tahun 2021, kita menjangkakan 700 penerima yang akan mendapat manfaat daripada bantuan ini berband- ing tahun lalu, 350 pelajar,” katanya ketika dihubungi Wilayahku.

Antara syarat dan kriteria Skim Bantuan Awal Ke IPT ialah pemohon mestilah lahir di Wilayah Persekutuan, ibu atau bapa atau penjaga meru- pakan pengundi dan menetap di Wilayah Persekutuan serta mempunyai pendapatan per- kapita RM1,000 ke bawah.


Bantuan secara ‘one-off’ kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT sama ada awam atau swasta di dalam mahupun luar negara ini bertujuan me- ringankan beban mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. – AINI – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas