Berita

65.5 peratus pesakit Covid-19 pulih

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 25 April 2020 8:53 AM MYT

PUTRAJAYA – Jumlah pesakt Covid-19 pulih di negara ini semakin meningkat dengan 99 lagi pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 3,762.

“Jumlah peratusan pesakit pulih ini mencecah 65.5 peratus dari keseluruhan kes Covid-19 di negara ini,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, terdapat pertambahan 51 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 5,742.

Dr Noor Hisham berkata, dari jumlah berkenaan 1,882 kes adalah aktif dan boleh berjangkit.

“Bagaimanapun, semua pesakit ini sudah diasingkan dan diberi rawatan lanjut.

“36 kes juga ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 darinya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan dua kematian baharu akibat Covid-19 membabitkan warga tempatan menjadikan 98 kes keseluruhan.

“Kes-97 membabitkan lelaki berusia
62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Disahkan meninggal dunia pukul 3.53 pagi tadi.

“Mangsa seterusnya wanita berusia 62 yang mempunyai penyakit darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes-1,346 iaitu anaknya.

“Mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur itu disahkan meninggal dunia pukul 5.43 petang semalam,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas