Berita

Nasib baik dikuarantin, 131 balik dari luar negara positif Covid-19

SALAH satu pusat kuarantin Covid-19 di Institut Sosial Negara, Kuala Lumpur
- Diterbit 25 April 2020 8:15 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 131 individu yang pulang ke tanahair dari luar negara didapati positif Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pengesanan tersebut hasil kuarantin wajib dilaksanakan kerajaan sebelum ini di pusat kuarantin.

“Ini bermakna tindakan kuarantin wajib terhadap rakyat kita yang pulang dari luar negara sebenarnya mampu membendung penularan Covid-19.

“Langkah itu seterusnya mengekang mewujudkan kluster baharu iaitu kluster import,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 209 buah pusat kuarantin beroperasi di seluruh negara setakat semalam.

Ismail Sabri turut menjelaskan seramai 19,945 rakyat telah dikuarantin secara wajib selepas pulang dari luar negara sejak 3 April.

“6,778 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin dan dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing sejak 17 April lalu,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas