Berita

53.4 peratus pesakit Covid-19 sembuh

PROSES saringan dilakukan ke atas individu yang didapati mempunyai gejala Covid-19. Gambar hiasan
- Diterbit 16 April 2020 11:21 AM MYT

PUTRAJAYA – Jumlah pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar hospital terus mencatat peningkatan kepada 119 kes, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 2,766 kes atau 53.4 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, 110 kes baharu dilaporkan.

“Keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 5,182. Sebanyak 2,332 berkebolehan untuk berjangkit.

“56 pesakiti sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kematian baharu direkodkan menjadikan 84 kes keseluruhannya.

“Kes kematian ke-84 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi,” katanya.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas