Berita

267 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

PETUGAS barisan hadapan memakai PPE ketika memberikan rawatan kepada pesakit di hospital. Gambar hiasan
- Diterbit 16 April 2020 12:24 PM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 267 petugas kesihatan barisan hadapan dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun menegaskan, jangkitan terbabit bukan berpunca dari wad rawatan Covid-19.

“73 peratus yang dijangkiti berpunca dari komuniti dan bukannya hospital. 50 kes atau 19 peratus berjangkit di hospital akibat mendapat jangkitan daripada pesakit.

“Pesakit mungkin tidak memaklumkan kepada petugas kesihatan sejarah perjalanan yang berisiko jangkitan Covid-19 dan mungkin juga pesakit tidak memaklumkan rakan sekerjanya yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, pihaknya mengingatkan semua petugas kesihatan supaya mengelakkan berada di ruang sempit, sesak dan mengekalkan jarak satu meter.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas