Berita

43 peratus warga Putrajaya hidap obesiti

PESERTA program bergambar pada Majlis Penutup dan Anugerah Program Fat To Fit @ Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 7 Ogos 2022 5:00 AM MYT

PROGRAM Fat To Fit @ Putrajaya merupakan antara usaha Perbadanan Putrajaya menerusi Local Agenda 21 (LA21) Putrajaya bagi menangani masalah berat badan dan obesiti khsususnya dalam kalangan warga kerja dan komuniti Putrajaya.

Dengan kerjasama rakan strategik Absolute Wellness, ia dilaksanakan bagi mewujudkan komuniti lestari yang sihat dan sejahtera di Putrajaya.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Mampan dan Perumahan, Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya (PPj), TPr Noor Sita Abbas, terdapat 37 peratus (%) penduduk Putrajaya mempunyai berat badan berlebihan.

“Berdasarkan kepada kajian Mobiliti dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2015, terdapat 37% penduduk Putrajaya mempunyai berat badan berlebihan dan 43% pada kadar obesiti,” katanya.

Noor Sita berkata program tersebut telah diadakan pada tahun 2020 hingga kini dan ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada warga komuniti Putrajaya.

“Pada tahun ini seramai 135 peserta telah menyertai program tersebut dan mereka berjaya menjalani 12 sesi latihan dan dua sesi webinar.

“Ia memberi fokus kepada teknik penurunan badan dan ia selaras dengan matlamat pembangunan mampan Sustainable Development Goals (SDGs).

“Fokus teknik penurunan berat badan adalah melalui amalan sihat dan selamat serta dipantau oleh pakar kesihatan dan pemakanan Absolute Wellness. Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan dan mereka sangat komited serta bersungguhsungguh menjayakannya,” ujarnya.

“Dalam masa yang sama juga, pelaksanaan Program Fat To Fit @ Putrajaya 2022 adalah selaras dengan matlamat pembangunan mampan Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu SDGs 3: Good Health and Well Being dan SDGs 11 : Sustainable Cities and Communities dan SDGs17 : Partnerships for the Goals.

“PPj melalui LA21 akan meneruskan program ini pada tahun hadapan dengan jalinan kerjasama rakan strategik dan menyasarkan jumlah peserta melebihi 150 orang. Kepada mana-mana pihak ingin bersam-asama menjayakan program ini, sila hubungi Sim Ee Chai di talian 012-380 7658,” ujarnya.

Berkongsi kejayaan Program Fit To Fit @ Putrajaya, Noor Sita berkata program yang bermula pada 13 Jun hingga 21 Julai lalu, Noor Sita berkata program tersebut berjaya mencatatkan penurunan yang tertinggi sebanyak tujuh kilogram menerusi kategori lelaki dan wanita. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas