Berita

31 kes baharu Covid-19, 60 pesakit dibenar pulang

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 20 Mei 2020 11:27 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 10 darinya membabitkan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 daripada kes baharu juga dikesan dalam kalangan warga asing.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, kes positif Covid-19 mencecah 7,009 kes keseluruhan.

“Hari ini, 60 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,706.

“Peratusan kes sembuh ini mencecah 81.5 peratus dari keseluruhan kes yang dilaporkan.

“Sebanyak 1,189 kes adalah aktif dengan kebolehjangkitan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh darinya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian kes baharu dilaporkan. Jumlah kekal 114 kes iaitu 1.63 peratus,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas