Berita

200 penduduk 1 Razak Mansion berbilang bangsa berkumpul, erat silaturahim

NORAZIZUL (empat kiri, belakang) bersama sebahagian penduduk 1 Razak Mansion.
- Diterbit 8 Mei 2023 4:00 AM MYT

LEBIH 200 penduduk 1 Razak Mansion yang terdiri daripada berbilang bangsa diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan bersama Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion dan KRT Apartment 1 Razak Mansion baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion, Norazizul Abdul Aziz program ini merupakan satu plaform terbaik untuk menjalin hubungan akrab sesama penduduk yang berbilang bangsa dan agama.

“Ia dapat menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan antara satu sama lain serta dalam masa sama menghayati perayaan yang berbeza namun boleh diraikan secara bersama,” ujarnya kepada Wilayahku.

Dalam masa yang sama dia turut berharap program sebegitu dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir selain ahli jawatankuasa persatuan dan kawasan rukun tetangga yang bertungkus lumus menjayakannya,” ujarnya pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.

Turut hadir Ketua Seksyen Rukun Tetangga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ashri Mohd Ashri Mohammed Zin; wakil pejabat UMNO Bukit Bintang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Cheras serta wakil RHB Bank.

Terdahulu, warga emas dan kanak kanak turut menerima sumbangan berupa wang tunai. Majlis diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Urban Fit Resources, peraduan teka-teki dan karaoke. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas