Berita

Wajar kenang sumbangan Tun M dalam Proton

- Diterbit 7 Mei 2023 12:34 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mencetuskan idea untuk membangunkan projek kereta nasional pertama, Proton.

Katanya, dalam mengenang perjalanan 40 tahun jenama kereta negara, Kerajaan Perpaduan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Dr Mahathir kepada Proton.

“Wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun, di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai sumbangan dalam Proton,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Baharu Proton X90 sempena ulang tahun ke-40 jenama kereta pertama negara pada Ahad.

Pelancaran model terbaharu syarikat, Proton X90 itu menandakan kemasukan jenama ke dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas