Berita

187 kes baharu Covid-19, 173 warga asing

PEMERIKSAAN dilakukan ke atas pekerja asing bagi mengelak penularan Covid-19. Gambar hiasan
- Diterbit 26 Mei 2020 11:34 AM MYT

PUTRAJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat selepas 187 kes dilaporkan hari ini dengan 173 membabitkan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya empat kes membabitkan penularan tempatan manakala 10 lagi kes import.

Beliau berkata, 155 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil manakala 13 kes dari kluster pengawal keselamatan di Cheras.

“Untuk kes import pula, tujuh kes melibatkan warga tempatan yang pulang ke tanahair manakala tiga lagi adalah pasangan mereka.

“Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,604 kes dengan 1,448 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

“Pesakit kes aktif sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tari, 62 kes disahkan pulih dan dibenarkan keuar hospital.

Jumlah itu menjadikan pesakit sembuh seramai 6,041 iaitu 79.4 peratus dari keseluruhan kes.

“Lapan kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima darinya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kematian kes. Jumlah kekal 115 kes iaitu 1.6 peratus dari keseluruhan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas