31 kompaun dikeluar, ingkar SOP ziarah Aidilfitri
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di kediaman penduduk bagi memastikan SOP Aidilfitri dipatuhi. Gambar hiasan

31 kompaun dikeluar, ingkar SOP ziarah Aidilfitri

PUTRAJAYA – Tindakan pihak berkuasa  terhadap mereka yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) ziarah Aidilfitri adalah dilakukan selepas amaran diberikan tidak diendahkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rekod menunjukkan sebanyak 31 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar SOP.

“Ramai anggap keras sangat tindakan polis  dalam ziarah Aidilfitri namun dari keseluruhan rakyat Malaysia jumlah yang ingkar amat kecil.

“Tindakan dilakukan pihak polis sebab banyak amaran telah diberikan kerajaan sebelum ini, ” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari.

SOP menetapkan ziarah hanya dilakukan pada hari raya pertama, tidak boleh melebihi 20 orang dalam satu rumah dan terhad kepada ahli keluarga terdekat.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 295 kompaun dikeluarkan di lapangan  dengan 194 daripadanya dikeluarkan semasa sekatan jalan raya. – WILAYAHKU

CATEGORIES