Berita

YWP bantu dua beradik sebatang kara

PIHAK sekolah bertemu salah seorang pelajar yang hidup sebatang kara di sebuah rumah kedai di Taman Maluri baru-baru ini.
- Diterbit 20 September 2019 2:30 AM MYT

PUTRAJAYA – Yaya­san­ Wilayah Persekutuan (YWP) akan membantu dua adik beradik yang hidup sebatang kara sehingga terpaksa berhenti sekolah bagi mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas kematian ayah.

Pengurus Pembangunan Pendidikan YWP, Mohamed Firdaus Kamal Hashim Kamal berkata, pihaknya akan membantu kedua-dua remaja terbabit menerusi bantuan persekolahan antaranya pemberian wang tunai RM300.

“Wang yang disalurkan itu akan diserahkan kepada guru kebajikan atau guru kaunseling bagi tujuan pembelian alat tulis atau buku atau pembayaran yuran.

“Pelajar terbabit juga akan mendapat bantuan beg sekolah serta diserapkan dalam program bantuan makanan YWP,” kata­nya kepada Wilayahku baru­baru­ ini.

Menurut Firdaus Kamal, pihaknya juga telah memaklum­kan beberapa buah agensi berkaitan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masya­rakat (JKM) dan Baitulmal bagi membolehkan lebih banyak bantuan di­salurkan untuk membantu kedua-dua remaja berkenaan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas