Berita

YES – IKAF meterai MoU perkukuh akademi Tahfiz

LILA Ruzaini (dua kiri) bertukar dokumen MoU yang ditandatangani YES dengan IKAF yang diwakili Fathul Bari (tiga, dari kanan).
- Diterbit 27 November 2020 9:20 AM MYT

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) dimeterai  Yayasan Ehsan Seputeh (YES) dan Yayasan Khyar Ummah Antarabangsa (IKAF) membuka peluang bagi kedua-dua pihak memperkasakan Kompleks Akademi Tahfiz Darul Abrar, di Taman Halimaton Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif YES, Lila Ruzaini Mohd Hussain berkata, dengan termeterainya MoU itu, Kompleks Akademi Tahfiz Darul Abrar juga telah dijenamakan semula dengan kini dikenali sebagai Akademi Quran Antarabangsa (IQRA) akan diurus tadbir secara bersama oleh kedua-dua pihak.

Beliau berkata, objektif utama kompleks itu diberi nafas baharu adalah bagi menyediakan platform pengajian serta pemahaman ilmu Al-Quran yang berpandukan kaedah terbaik agar keberhasilanya dapat melahirkan lebih ramai generasi yang cilik Al-Quran dan memahaminya dengan baik.

“Justeru, bagi memastikan usaha tersebut dapat direalisasi, maka berbagai aktiviti yang telah dan akan disusun dengan program-program berunsur kreatif dan lebih terkini.

“Melalui pendekatan intreraktif ini sekali gus akan menjadikan IQRA sebuah pusat pengajian ilmu agama yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dilengkapi pusat pembelajaran dan turut berfungsi sebagai One Stop Centre mengerakkan aktiviti berasaskan Al-Quran,” katanya pada majlis Menandatangani MoU antara YES dan IKAF, pada 26 November lalu.

Majlis pemeteraian yang berlangsung di Pejabat Pengurusan YES, Komplek Ghafar Baba, Jalan Kuchai Lama itu, turut dihadiri mantan Pengerusi YES, Datuk Mustapa Kamal sementara Datuk Dr Fathul Bahri Mat Jahya pula mewakili pihak IKAF.

Menurut Lila, barisan pengurusan YES yang kini diterajui oleh Pengerusinya, Datuk Mohd. Zakee Che Hassan komited, usaha yang dirintis melalui kerjasama itu membuka peluang bagi warga kota mendapat akses pendidikan ilmu agama secara lebih mudah dan berbaloi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas