Berita

Bapa Kandung UMMI NAZEERA Meninggal Dunia

- Diterbit 27 November 2020 9:51 AM MYT

BAPA pelakon popular Ummi Nazeera iaitu Zainul Abadin Mat Akhir disahkan meninggal dunia malam tadi.

Menerusi perkongsiannya di instagram, Ummi mendoakan agar segala amalan Allahyarham diterima dan ditempatkan dalam golongan orang beriman. 

“Innalillah wainna ilaihirojiun .. Untuk pengetahuan semua … Ayah kandung saya Zainul Abadin bin Mat akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam, dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi.

“Semoga Allah mengampuninya, memberinya kekuatan, mengampunkannya. Mengasihani kepadanya dengan membuka pintu masuknya (syurga) menjadi luas.

“Dan sucikan dia dengan air dan salju . Bersihkan dia dari segala kesilapan ibarat kain putih dibersihkan dari noda 

“Semoga Allah memasukkannya ke dalam syurga dan melindunginya dari azab kubur dan azab api neraka.

“Semoga amalan papa diterima Allah SWT. Ameen ameen yrb. See you papa – Your daughter Ira( panggilan ayah buat saya),” luahnya.

Dalam ruangan komen instagram tersebut, ramai artis yang mengucapkan takziah serta mendoakan arwah seperti Aeril Zafrel, Alif Satar, Siti Saleha, Tya Ariffin, Saharul Ridzwan, Nazim Othman, Ezzlyn dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Zainul Abadin dan mereka yang telah pergi ditempatkan dalam syurga Allah. Amin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas