Berita

WANI COMEL Disahkan Menghidap Komplikasi Jantung Bengkak

- Diterbit 9 Disember 2020 1:22 PM MYT

GADIS obesiti yang semakin dikenali ramai, Wani Comel,23, telah disahkan menghidap komplikasi jantung bengkak pada petang tadi.

Wani yang mendapatkan pemeriksaan di Hospital Putrajaya ini memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan.

“Saya Nurul Airawani Nazira ingin memaklumkan berkenaan perkembangan diri saya. Semua sedia maklum saya yang didiagnos menghidapi jangkitan kuman di paru – paru baru baru ini. 

“Hari ini (Rabu) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan komplikasi tersebut ke hospital pakar seterusnya.

“Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.

“Tolong doakan saya. Ya Rahman , Ya Rahim… Aku berserah kepadaMu. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat.

“Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian,” tulisnya di instagram miliknya.

Terdahulu Wani mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan dalam sebuah sidang media, dirinya dianiaya dan dipergunakan okeh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Beberapa hari selepas itu, Aliff Syukri pula menjelaskan pada sidang media di kediamannya yang semua dakwaan Wani adalah palsu dan seolah-olah mahu menjatuhkannya.

Sama-sama kita doakan Wani Comel ceoat sembuh dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas