Berita

Umat Islam mula berpuasa Ahad ini

UMAT Islam di Malaysia mula berpuasa pada 3 April ini. Kredit foto: Facebook Buletin TV3
- Diterbit 1 April 2022 1:07 PM MYT

UMAT Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Ahad (3 April), seperti yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad, menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, setelah diperkenankan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menerusi kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Ramadan dalam fasa peralihan endemik yang bermula hari ini yang membenarkan aktiviti pengimarahan bulan ini dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas