Berita

Yang Dipertuan Agong, Permaisuri positif COVID-19

- Diterbit 2 April 2022 7:56 AM MYT

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al- Sultan Abdullah berkenan menjalani kuaranti kendiri di Istana Negara sehingga 7 April manakala Raja Permaiuri Azizah pula akan menjalani kuarantin sehingga 8 April ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa waspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik Covid-19 kelmarin,” katanya melalui hantaran di media sosial Istana Negara.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua rakyat untuk mendoakan kepada Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas