Berita

UiTM lakar sejarah MBOR 1 juta skrol istiadat konvokesyen

UiTM lakar sejarah MBOR 1 juta skrol istiadat konvokesyen ke-97 baru-baru ini.
- Diterbit 26 Ogos 2023 7:00 AM MYT

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) ­mengukuhkan ­kedudukannya sebagai ­institusi pendidikan terunggul apabila melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) ­dengan penganugerahan satu ­juta skrol di Istiadat Konvokesyen ke-97 ­baru-baru ini.

Penganugerahan ini ­diperakui oleh MBOR ­apabila graduan, Nur Liyana Athirah Izani dari Fakulti Sains Gunaan ­menerima skrol tersebut ­pada Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Roziah Mohd Janor ­berkata ­pengiktirafan itu ­menjadi wadah kepada seluruh warga UiTM apabila ­terbukti sebagai ­salah satu ­institusi ­pendidikan yang terus ­membangun dan ­menerokai ­potensi terbaik.

“Pada konvokesyen ­kali ini, UiTM berbangga ­meraikan ­penganugerahan skrol yang ke sejuta pada Sidang ke-22. Ini menjadikan jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM ­sehingga berakhirnya istiadat konvokesyen kali ini adalah ­sebanyak 1,003,241 skrol.

“Suatu angka yang boleh ­dibanggakan kerana ia ­mencerminkan bahawa UiTM telah menggerakkan misinya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera ­profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak,” katanya.

Jelas terbukti, pencapaian ini tidak hanya mencerminkan ­tahap kecemerlangan ­akademik ­tetapi juga komitmen ­warganya yang ­kolektif terhadap ­pengembangan diri serta ­membuktikan UiTM tetap relevan dulu, kini dan selamanya.

Sementara itu, ­penerima skrol ke sejuta, Nur Liyana Athirah Izani ­berterima kasih kepada MBOR dan UiTM di atas ­penganugerahan tersebut.

“Dengan penerimaan skrol ­sejuta ini, UiTM telah ­membuktikan bahawa ­institusi pendidikan ini ­mampu ­melahirkan ramai graduan yang boleh ­memenuhi pasaran ­kerjaya dan saya sangat ­berbangga ­menjadi ­salah satunya,” ujar graduan Diploma Sains Kepujian Teknologi ini.

Difahamkan, Nur Liyana Athirah membawa pulang sebuah motosikal jenis Modenas Karisma 125s, ­menerima tajaan ­untuk ­melanjutkan ­pengajian di ­peringkat Ijazah Sarjana Muda, ­cermin ­mata ­daripada La Calisto Sdn Bhd (RM1,500), ­penginapan di Grand ­Swiss-Belhotel Melaka (tiga hari dua malam) dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas