Berita

34 buah rumah haram di tanah kerajaan diroboh

KERJA-KERJA meroboh rumah yang dibina secara haram sedang dijalankan baru-baru ini.
- Diterbit 26 Ogos 2023 4:00 AM MYT

SEBANYAK 34 buah rumah yang dibina secara haram di tanah kerajaan berhampiran Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) warga Filipina.

Kampung Muslim diroboh ­dalam Operasi Bersepadu (Ops) Roboh baru-baru ini. Ops Roboh yang diketuai Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan ­membabitkan sembilan agensi lain dengan kekuatan 105 orang anggota.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Basit Abdul Latif, sebanyak 34 rumah haram termasuk struktur lain yang didiami kira-kira 300 individu dirobohkan.

“Operasi yang ­mendapat ­kerjasama Perbadanan Labuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ­serta beberapa ­agensi penguatkuasaan ­undang-undang bertujuan untuk ­menangani ­kebimbangan berhubung ­keselamatan, kebersihan, kecurian elektirik dan isu pencerobohan ­daripada terus berleluasa,” ujar beliau.

Beliau berkata sebelum ini ­pihaknya telah mengeluarkan ­notis selama lebih enam bulan selain ­lanjutan masa untuk mengosongkan kawasan tersebut namun masih ramai yang ingkar.

“Di bawah peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Nagara (KTN) 1965 (Akta 56) kesalahan ini boleh didakwa sehingga RM500,000 atau lima tahun penjara.

“Dalam konteks ini, kita ­meminta penduduk di sini supaya ­mengosongkan kawasan tersebut namun masih ramai yang ingkar,” kata beliau.

Menurut Abdul Basit ­lagi, ­pihaknya juga telah mengenal ­pasti beberapa kawasan di ­sekitar Kampung Gersik Saguking yang didapati turut membina ­pembinaan rumah secara haram di mana ia ­juga akan dirobohkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas