Berita

Tunku Azizah dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

- Diterbit 19 Januari 2024 11:40 AM MYT

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN) di Istana Negara semalam.

Dalam hantaran di laman facebook Istana Negara semalam, penganugerahan itu disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

“Diploma Kehormat itu adalah penganugerahan tertinggi di IKN sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan jasa Seri Paduka Baginda memartabatkan industri kraf negara khususnya dalam bidang kraf tekstil batik,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda juga telah menghasilkan 30 koleksi batik bertemakan Sentuhan Permaisuri: Eksplorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura sepanjang tiga tahun penglibatan baginda di IKN sejak 2020.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas