Berita

Malaysia, Maldives bincang kukuh kerjasama

- Diterbit 19 Januari 2024 11:45 AM MYT

MENTERI Luar Maldives Moosa Zameer dan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Mohamad Alamin mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara di luar mesyuarat peringkat menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda.

Menurut Kementerian Luar Maldives, perbincangan itu tertumpu kepada usaha memupuk hubungan yang lebih erat.

“Kami meneliti hubungan teguh antara Maldives dan Malaysia dan membincangkan kaedah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pembangunan sosial,” kata Moosa dalam hantaran di media sosial.

Sementara itu, Menteri Luar Maldives pada Disember berkata Malaysia merupakan destinasi pilihan bagi sejumlah besar rakyatnya untuk pendidikan dan pelancongan serta terdapat ruang bagi mengukuhkan hubungan dua hala. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas