SSM

Berita

Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan boleh diakses 15 April

GARIS panduan bagi permohonan melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh mula diakses bermula 15 April ini menerusi laman web rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata garis panduan itu mengandungi semua syarat-syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, syarat pengoperasian pusat pemeriksaan, perjanjian tahap perkhidmatan dan lain-lain

Berita

SSM lanjut insentif pengurangan kompaun hingga 31 Dis

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Nov hingga 31 Dis 2022. Dalam kenyataan hari ini, SSM memaklumkan lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberi lebih masa bagi syarikat-syarikat mengambil tindakan supaya mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan mereka ke arah pemulihan ekonomi negara

Berita

SPPP diperluas kepada semua usahawan B40 – Nanta

SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kini diperluaskan kepada semua usahawan dalam kumpulan B40. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendaftaran perniagaan juga diberi percuma iaitu pengecualian fi pendaftaran kepada golongan sasar B40, yang ingin memulakan perniagaan dan belum pernah mendaftarkan perniagaan