Berita

SSM lanjut insentif pengurangan kompaun hingga 31 Dis

Kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membantu peserta memohon sijil dan perbaharui secara atas talian ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
- Diterbit 31 Oktober 2022 7:40 AM MYT

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Nov hingga 31 Dis 2022.

Dalam kenyataan hari ini, SSM memaklumkan lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberi lebih masa bagi syarikat-syarikat mengambil tindakan supaya mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan mereka ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

Menurut SSM menerusi insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah akta berkenaan.

Insentif itu telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac hingga 30 Jun, sebelum dilanjutkan hingga 31 Okt.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui e-mel ke [email protected] atau hadir ke mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia, manakala semakan kompaun dapat diakses secara dalam talian menerusi pautan e-Kompaun atau pautan portal EzBiz Online.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-77214000 atau e-mel kepada [email protected]– BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas