SPM 2021

Berita

KPLB dan YPM peruntuk 300 unit tablet untuk pelajar terjejas akibat banjir, COVID

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan 300 unit tablet untuk keperluan pelajar golongan B40 di empat negeri yang terkesan akibat banjir dan pandemik COVID-19. Unit Komunikasi Korporat KPLB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, usaha itu bakal memanfaatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia