#pintasansaloma

Berita

Pencahayaan bendera Uzbekistan, Malaysia hiasi Pintasan Saloma

SEMPENA memperingati ulang tahun kemerdekaan ke-30 Uzbekistan pada 1 September, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan warna bendera negara tersebut. Sinaran menggunakan warna biru muda, putih, hijau dan merah, pencahayaan yang bermula pukul 7 malam sehingga 12 tengah malam itu akan berlangsung sehingga 16 September.