#neonband

Selebriti

Neon Band tumpang populariti lagu Aku Budak Girl?

KUMPULAN Neon Band baru sahaja muncul dengan lagu Aku Budak Boy yang diinspirasikan daripada lagu Aku Budak Girl nyanyian Suekhaizhar. Ramai yang memuji lagu Aku Budak Boy yang telah diberi nafas baharu. Namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Neon Band yang dikatakan cuba menumpang populariti lagu Aku Budak Girl.