#lindungdirilindungsemua #vaksin #covid19 #dinein

Utama

88.4 peratus populasi dewasa divaksinasi sepenuhnya

TINGGAL kurang daripada dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa melengkapkan vaksinasi COVID-19. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 88.4 peratus atau 20,698,852 golongan dewasa, telah melengkapkan vaksinasi masing-masing setakat semalam. Setakat semalam juga, sebanyak 120,402 atau 3.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin