Labuan

Berita

Penduduk Kampung Pantai rayu caj tukar status tanah dikurangkan

PENDUDUK Kampung Pantai di sini merayu kerajaan untuk mengurangkan caj pertukaran status tanah pertanian mereka kepada komersial atau perindustrian. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pantai, Ramlan Abidin, cadangan untuk menukar status tanah yang dimiliki oleh penduduk kampung itu dibuat berdasarkan peluang yang luas jika tanah tersebut

Fokus

PL sedia teroka peluang baharu tingkatkan penyertaan LISC

PERBADANAN Labuan (PL) bersedia meneroka peluang baharu termasuk memperbaiki tahap penganjurannya dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan Labuan International Sea Challenge 2025 akan datang. Dikenali sebagai Mutiara Borneo, pulau yang kaya dengan sumber alam, tinggalan sejarah dan potensi pantai yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke Labuan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan

Fokus

Berjaya pertahan kejuaraan dua tahun berturut-turut

DUA beradik yang mewakili Persatuan Kanu Labuan dinobatkan sebagai juara untuk dua tahun berturut-turut selepas memenangi kejohanan itu pada LISC tahun 2023 lalu. Lebih membanggakan, Nadzmar dan Shahdan Sukarno masing-masing berumur 29 dan 30 berjaya memecahkan rekod peribadi pada tahun lalu iaitu dengan catatan masa 5 jam 46 minit. Dalam

Fokus

LISC kukuhkan Labuan dalam penganjuran sukan air dunia

TEMASYA sukan air Labuan International Sea Challenge (LISC) edisi ke- 26 yang telah melabuhkan tirai baru-baru ini telah berjaya menarik lebih 2,000 penyertaan dari penggiat sukan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu turut dihadiri lebih 30,000 peminat sukan air daripada dalam dan luar negara

Berita

Tradisi ‘bercucul’ menyinari sambutan Aidilfitri di Labuan

TRADISI menyalakan pelita buluh atau “bercucul” dalam dialek masyarakat tempatan, diteruskan di Labuan bagi memeriahkan suasana menyambut Aidilfitri. Hampir semua kampung di pulau bebas cukai itu menghidupkan budaya memasang pelita daripada buluh yang diamalkan sejak 1960-an, yang bukan sahaja menjadi sebahagian daripada identiti budaya di situ, tetapi juga memupuk rasa perpaduan dan

Berita

Task Force Jambatan Labuan – Sabah akan laksanakan kajian teknikal – Zaliha

PASUKAN Khas (Task Force) Jambatan Labuan – Sabah yang diterajui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersedia melaksanakan kajian teknikal namun tertakluk kepada perbelanjaan yang akan diluluskan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustaffa berkata Task Force yang turut dianggotai Kementerian Kerja Raya (KKR) itu telah mengadakan pertemuan