kompaun

Berita

Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini

KERAJAAN telah mengutip RM9.48 juta kompaun melalui Program Repatriasi Migran Jabatan Imigresen (JIM) setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan. “Bila kita bagi tempoh repatriasi migran sampai 31 Disember tahun ini, mereka (pendatang tanpa izin)

Berita

36,426 kompaun dikeluar cegah demam denggi

SEJUMLAH 36,426 kompaun bernilai lebih RM18 juta telah dikeluarkan sepanjang tahun lepas hasil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,264  kes juga telah didaftarkan

Berita

Syarikat bawa pekerja asing gagal sediakan pekerjaan dicadang dikompaun sehingga RM30,000

MANA-MANA syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menyediakan pekerjaan dicadangkan dikompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengemukakan cadangan itu dalam Mesyuarat Kabinet semalam berkata ini kerana isu berkenaan memberi impak terhadap semua sektor termasuk perladangan yang menghadapi masalah kekurangan

Berita

Lebih RM1.2 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan pada November

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 5,041 kompaun bernilai RM1.25 juta sepanjang November lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Dalam kenyataan hari ini, Dr Muhammad Radzi memaklumkan sejumlah 7,772 notis kesalahan dikeluarkan dari 20,976 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Berita

Syarikat pengurusan bangunan dikompaun RM2,000 gagal kemuka resit

SEBUAH syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor dikompaun RM2,000 kerana kegagalan mengemukakan resit pembayaran bagi caj penyelenggaraan bangunan, kata Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam. Azman dalam kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut diambil susulan aduan daripada penghuni di bangunan

Berita

DBKL serbu 53 premis haram, 12 kompaun dikeluarkan di pusat bandar

SEJUMLAH 53 premis haram diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Tindakan Khas Premis Berisiko (hotel dan rumah tumpangan) Siri 7 dan Siri 8 Tahun 2023 baru-baru ini. DBKL berkata serbuan yang dilakukan adalah di sekitar kawasan Cheras dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. “Sebanyak 53 buah premis telah dibuat pemeriksaan