#kembalikekampus

Berita

Pembelajaran di kampus, sinar baru buat pelajar

PENGUMUMAN Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai kemasukan pelajar ke kampus bagaikan memberi sinar baru buat pelajar apabila sudah setahun sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilakukan secara atas talian. Perkara tersebut turut disambut baik oleh ibu bapa terutamanya kerana merasakan anak mereka bakal mempunyai semangat baru untuk menempuh semester yang baharu.