Duduk rumah

Berita

Tiada masa dengan keluarga, 24 jam bertugas

MUNGKIN ramai dalam kalangan kita yang merungut kerana tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan kita seharusnya bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Jika dibandingkan dengan petugas barisan hadapan (frontliner), mereka bukan sahaja berkorban demi negara bahkan turut mengorbankan masa bersama keluarga demi menunaikan tanggungjawab