Berita

Thaipusam: Pengikut tidak lebih 10 orang – Annuar

HANYA 10 orang pengikut dibenarkan. - Gambar hiasan
- Diterbit 24 Januari 2021 2:44 AM MYT

HANYA 10 orang pengikut sahaja yang dibenarkan dalam perarakan pedati di Baru Caves, Kuala Lumpur yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa memaklumkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah memberi kelulusan berkenaan.

Ujar beliau, perarakan dan pematuhan itu juga akan dipantau penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“MKN meluluskan Dewa Murugan dibawa dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini dan akan dibawa pulang ke Jalan Bandar pada 29 Januari pula.

“Syaratnya Chariot (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas