Berita

43 ribu mesej minta tablet untuk PdPR, “Maafkan saya…” – Ebit Lew

Ebit Lew menyerahkan 100 tablet buat pelajar yang memerlukan bagi mengikuti PdPR
- Diterbit 24 Januari 2021 12:31 AM MYT

RAMAI ibu bapa  tidak mampu untuk membeli tablet untuk anak-anak mereka mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh pandemik ini.

Buktinya apabila pendakwah terkenal menerima 43,000 mesej tabg meminta bantuan yang sama.

“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu tab (tablet)  untuk anak belajar. 

“Ramai juga yang OKU (orang kurang Upaya),tiada pekerjaan,anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.

“Permintaan kerusi roda yang perlu lagi lapan ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. 

“Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. 

“Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” ujarnya menerusi Facebook miliknya. 

BARU-baru ini, Ebit Lew menyerahkan 100 tablet buat pelajar yang memerlukan bagi mengikuti PdPR

Terdahulu, Ebit Lew telah menyumbangkan 100 tablet kepada pelajar yang mengikuti kaedah PdPR baru-baru ini.

Ini kerana, semua pelajar dikehendaki belajar dari rumah secara dalam talian bagi mengekang pandemik COVID-19.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas