Berita

Terus dibela, warga Wilayah Persekutuan dapat perhatian

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa (kiri) dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz bincang isu miskin bandar.
- Diterbit 20 Februari 2021 2:37 PM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) terus komited membela nasib warga Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan dan miskin bandar terutama dalam situasi getir masa ini.

Oleh itu, kunjungan hormat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa, amat memberi makna besar.

Ini kerana, antara fokus utama yang dibincangkan adalah berkenaan golongan miskin bandar selain beberapa isu penting membabitkan warga Wilayah Persekutuan.

Annuar menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan, KWP dengan sokongan yang diberikan Kementerian Kewangan akan terus berikhtiar untuk membela nasib warganya.

“Kami di KWP amat berbesar hati menerima kunjungan hormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Aziz membincangkan beberapa isu terutaamanya mengenai golongan miskin bandar,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas