Berita

Suria KLCC tawar pengalaman perkelahan mewah

PICNIC in the Park menawarkan aktiviti berkelah di landskap indah Taman KLCC.
- Diterbit 14 Julai 2023 6:00 AM MYT

PUSAT Beli-Belah Suria KLCC kini menawarkan pengalaman perkelahan mewah buat pelanggannya dengan berlatarbelakangkan ­atmosfera semula jadi yang memukau dan mempesonakan.

Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk me­nebus pengalaman aktiviti berkelah ‘Picnic in the Park’ yang terhad untuk ­empat orang bagi setiap kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata ‘Picnic in the Park’ ini menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta ­iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC.

“Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif yang dilengkapi dengan khemah, ­tikar serta dekorasi unik.

“Setiap kumpulan akan ­dihidangkan dengan juadah ­makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh Burger & Lobster. Cotton candy atau gula-gula kapas serta popcorn juga boleh didapati di kios yang disediakan,” katanya sesi ‘Picnic in the Park’ ini terhad kepada 50 kumpulan sahaja dan mereka turut dihiburkan oleh ahli orkestra dari Malaysian Philharmonic Orchestra.

Andrew berkata selain santapan yang enak, para pengunjung ­juga berpeluang menikmati haruman yang mempesonakan di kios Bath & Body Works.

“Mereka juga berpeluang ­untuk merakam memori terindah ­melalui sesi fotografi di kios Hot Air Balloon serta beriadah di sekitar Motion-Sensor Dancing Flower bagi pengalaman perkelahan yang lebih bermakna.

“Manakala pada penghujung ­sesi aktiviti ‘Picnic in the Park’ akan di­akhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik,” ujar beliau para tetamu juga akan ­menerima pelbagai barangan perkelahan seperti kipas mini, ­losyen penghalang nyamuk, losyen ­pelindung matahari dan peniup buih.

Tambah beliau, aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023 ini merupakan acara julung kali diadakan yang bertujuan ­untuk menghargai keindahan semula ­jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC.

“Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar ­dengan tanda penghargaan ikhlas daripada kami yang sentiasa ­bekerja ­untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan,” jelas­nya ­aktiviti berkelah ‘Picnic in the Park’ kali ini sememang­nya ­suatu ­pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan Suria KLCC.

Para pembeli yang ­berdaftar berpeluang untuk menyertai ­sesi cabutan bertuah serta ­memiliki ­hadiah istimewa seperti baucar tunai Burger & Lobster bernilai RM600 untuk setiap set, set ­hadiah dari Bath & Body Works, ­hamper barangan Whittard of Chelsea ­serta alat ­perkakas rumah daripada Remax. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas