Berita

SUKMA 2022: Kem wushu WiPers terus sumbang pingat

KERK Qing (kiri) bersama pemenang pingat emas dan gangsa bagi acara taijijian lelaki yang berlangsung di Gimansium 2, Bukit Jalil, hari ini.
- Diterbit 16 September 2022 7:21 AM MYT

ACARA wushu terus menjadi medan bagi kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) mengumpul pingat apabila meraih satu lagi pingat perak, hari ini.

Kerk Qing berjaya menyumbangkan pingat perak keempat kontinjen WiPers menerusi acara taijijian lelaki dengan kutipan mata 9.58.

Melaka kekal cemerlang apabila sekali lagi berjaya merangkul emas bagi kategori tersebut dengan kutipan mata 9.64 mata manakala pingat gangsa menjadi milik atlet dari Negeri Sembilan (9.51 mata).

Dengan kemenangan terbaru itu, pungutan pingat WiPers setakat pukul 1 petang ini empat emas, empat perak dan enam gangsa serta berada di kedudukan nombor empat secara keseluruhan.

Cabaran skuad wushu akan diteruskan di sebelah petang menerusi acara nandao dan changquan lelaki dan wanita di Gimnasium 2, Bukit Jalil.

Sementara itu, skuad berbasikal berjaya merangkul pingat perak bagi acara lebuhraya perseorangan wanita menerusi atlet Yeong Zhen Yi yang diadakan di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas