Berita

Strategi komunikasi KWP perlu dimantapkan lagi

Peserta kursus bergambar kenangan bersama Tun Faisal (duduk, lima dari kanan) dan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat KWP, Puan Mazurah Ismail (duduk, lima dari kiri). Peserta kursus bergambar kenangan bersama Tun Faisal (duduk, lima dari kanan) dan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat KWP, Puan Mazurah Ismail (duduk, lima dari kiri).
- Diterbit 23 November 2020 4:30 AM MYT

JULUNG-JULUNG kalinya Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan (BKK KWP) menganjurkan kursus ‘content strategy and crisis management in social media’ bertempat di Menara Perbadanan Labuan baru-baru ini.

Seramai 55 peserta terdiri daripada wakil bahagian komunikasi korporat BKK KWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan akhbar Wilayahku menyertai kursus tiga hari dua malam itu.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz, kursus yang melibatkan pihak kementerian dan semua agensi ini adalah untuk membentuk kerjasama lebih erat antara pegawai kementerian dan agensi bagi melancarkan pelan komunikasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

“Jika kita tahu mengapa kita melakukan sesuatu, bagaimana hendak melaksanakan itu akan lebih mudah,” ujarnya ketika berucap merasmikan kursus tersebut.

Untuk rekod, baru-baru ini Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa melancarkan Agenda Wilayah Prihatin yang merangkumi 13 kompas baharu hala tuju dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang KWP.

Tun Faisal berharap dengan pelan komunikasi yang baik, orang ramai menerima manfaat sepenuhnya daripada setiap perancangan KWP untuk meningkatkan kualiti hidup warga Wilayah Persekutuan.

Selain mendalami ilmu pengurusan krisis dan media sosial, peserta juga dibawa untuk melihat dan mempromosikan Labuan di halaman Facebook rasmi agensi masing-masing bagi membantu merancakkan kembali pelancongan domestik ke Labuan.

SUA Menteri Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz menyampaikan ucapan alu-aluan kepada peserta kursus.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas