Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Bekas peserta Mentor, Nabil Zamanhuri meninggal dunia

- Diterbit 26 Mei 2024 12:20 PM MYT

PENYANYI Nabil Zamanhuri,36, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, pagi tadi.

Berita dukacita pemergian Nabil atau nama sebenarnya Nabil Zafril Zamanhuri ini disahkan oleh bapanya, Zamanhuri Amarudin.

Bagaimanapun, Zamanhuri belum dapat memberikan maklumat lanjut mengenai masa dan punca kematian.

Nabil yang juga anak didik kepada Datuk Nora Ariffin menerusi Mentor musim pertama berjaya meraih gelaran naib juara.

Antara lagu popular yang pernah dinyanyikan seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Selain menyanyi, arwah juga bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama seperti Terbaik dari Langit, Aladdin, Ijab Kabut, BoBoiBoy Movie 2 dan Kamelia Katrina.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas