Berita

Siti Nurhaliza, Menteri Agama antara dikompaun langgar SOP – Ketua Polis Selangor

MAJLIS Tahnik, Maulid dan aqiqah yang diadakan Siti baru-baru ini di kediamannya menerima kecaman ramai baru-baru ini. Kredit foto: Kosmo
- Diterbit 27 Mei 2021 8:13 AM MYT

PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana  gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa mengadakan majlis tahnik anak mereka awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang turut dikenakan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal serta tiga orang anaknya.

Arjunaidi semasa sidang media dalam talian berkata kesemua mereka dikenakan kompaun atas  kegagalan memastikan penjarakan fizikal ketika majlis berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak lelaki penyanyi nombor satu negara itu yang didakwa melanggar SOP  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha sebelum ini berkata, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas